Sunday 5 June 2011

Sambungan Titipan Ujian yang Diberi

   Hakimi ditinggalkan bersama adiknya,Izumi.Izumi menasihatkam Hana untuk pulang berehat sementara dia ingin bersama abang kesayangannya.Pada petang itu,Hana pulang ke rumah.Rumahya ibarat kapal karam itu seharusnya dikemas.Semenjak suaminya di hospital,dia langsung tidak mengambil berat tentang keadaan rumahnya.
   Dua minggu cuti yang diambil sepenuh masa digunakannya untuk menemani suami tersayang.Foto perkahwinan di dinding bilik mereka direnung lama.Wajah suami yang segak berbaju melayu di dalam foto itu diperhatikan.Dia tersenyum.Tersenyum mengenangkan pelbagai tanggapan dibuat terhadap suaminya,seta kerenahnya bersama Hakimi kini berlegar dalam ingatannya.

Liza kawan baiknya adalah pendengar setia mengenai cerita rumahtangga mereka.
"Aku tak tahu nak kata macam mana.Dia tu berjiwa ustaz sangat.Kadang-kadang naik rimas aku."

"Kata dia tu manager syarikat...tapi ustaz pulak ke?"Liza sengaja buat-buat tak faham.

"Maksud aku...gaya dia tu macam ustaz skema.Aku tengok family dia tu biasa je.Mungkin dia ni bekas pelajar sekolah agama agaknya.Sampai aku asyik kena berdas-das 'peluru berpandu' kat rumah."

"Maksudnya macam mana tuh..?"

"Dah lah,malas nak cakap dengan kau tu.Asyik tak faham je."Liza tersengih melihat gelagat Hana yang memang tak akan habis rajuknya.

   Lelaki itu sangat baik padanya.Entah kenapa dia dulu tidak boleh mencintai Hakimi sebagaimana dia mencinta Adam,bekas kekasihnya suatu ketika dulu.Pada masa itu,dia asyik memikirkan perkara yang sama.Salahkah langkahnya kerana tidak meminta untuk melalui zaman percintaan bersama Hakimi sebelum melangsungkan pernikahan?Tetapi perkahwinan ini juga permintaan Hakimi.

  Kami adakn sesi kenal-mengenal antara keluarga dan kemudiannya bertunag dan seterusnya berkahwin.Namun,semakin hari dia sedar Hakimi cuba mendekatinya.Semakin Hakimi mendekatinya,entah kenapa dia semakin kurang selesa.Perlukah dia ambil tahu semua tentang aku?Itulah persoalannya...

***************BERSAMBUNG************************

2 comments: