Wednesday 1 June 2011

Titipan Ujian Yang Diberi

"Sadaqallahul a'zim,"


Al-Quran di tangannya ditutup perlahan-lahan,diciumnya dan diletakkan di tepi meja.Ditenung lama wajah lesu di hadapannya.Tangan yang separa pucat itu dijamahnya dan dibawa ke genggaman eratnya...


   "Abang,Hana tahu abang gembira kan dengar bacaan Hana.Walaupun tak sebaik bacaan abang,doakan Hana istiqomah dengannya..Hana tahu,abang selalu sokong Hana.Hana janji akan jadi isteri solehah seperti yang abang idamkan.Insyaallah,Hana janji Hana akan selalu perdengarkan untuk abang.Hana tahu abng rindukannya.Sama juga dengan Hana.Hana rindu akan mendengar bacaan abang pada waktu Subuh...Hana rindu untuk berimamkan abang...Hana rindu untuk dengar suara abang,Hana rindu..rindu sangat-sangat.."kata-katanya separuh berbisik itu tersekat-sekat...


   Ditahan suara tangisnya di dalam hati.Dia tak mahu lagi menunjukkan rasa sedihnya apabila berhadapan dengan lelaki itu.Dia tahu,lelaki yang berada di hadapannya ini tidak akan memberi respons apa-apa.Sudah seminggu,lelaki itu terbaring lesu dan tidak sedarkan diri.Selama seminggu ini jugalah,Hana seolah-olah nercakap sendirian di birai katil itu.


   Padanya,apa biarlah orang nak kata,dia tahu,suaminya mendengar setiap bait kata-katanya itu."Abang,Hana tunggu abang..Hana akan tunggu abang sampai bila-bila.Hana yakin,abang akan sedar tak lama lagi..Hana akan tunggu abang sebagaimana abang sabar menunggu Hana selama ini.."dia mengulangi kata-katanya itu,sambil mengucup lembut tangan kanan suaminya.


   Dia masih ingat kata-katanya pada malam pertama saat mereka berdua selamat diijabkabulkan.. "Abang,sejujurnya Hana nak abang faham keadaan Hana..Sebenarnya,Hana masih belum bersedia untuk menjadi isteri abang,Hana baru je kehilangan papa...dan abang Long pula terpaksa balik US awal..Jadi,mungkin sebab ini perkahwinan terpaksa diawalkan.Tolong fahami Hana,dan Hana harap abang beri Hana masa,"kata-katanya memang boleh ditafsir Hakimi sendiri.


   Hana mengahwininya atas dasar perjanjian arwah papanya dengan ibu bapanya.Dan dia tersepit dengan keadaan selepas pemergian papanya dan memaksanya untuk berkahwin dengan Hakimi."Abang tunggu...abang akan tunggu Hana,"jawapan Hakimi yang agak 'innocent' itu benar-benar buat dia rasa berslah..


  Dia tahu alsan yang diberikan kepada Hakimi yang membawa maksud untuk  'tidak menyentuhnya' itu keterlaluan..Haruskah dia nyatakan yang dia tidak mencintai lelaki itu,sedangkan dia sendiri yang menyatakan persetujuan dengan abang  Long?Sebab apa pula dia menerima pernikahan ini?Sebab papa?Dan sebab apa pula dia tidak boleh menganggap Hakimi sebagai suami?Sebab Hakimi bukan 'taste' yang diingininya?Mungkin....


.....BERSAMBUNG.....












2 comments:

  1. tulisan kecik sgtla...x nmpak..tp bleh bace sikit2...smbungla lg citer ni

    ReplyDelete
  2. ok...thank you for da comment

    ReplyDelete